Wanita solehah, cerminan Ainul Mardiah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita
pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada
kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian
oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah
terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan
hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar
tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang
menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya
dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi
hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan
dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling
melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang
berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap
lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya
yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi
hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang
lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah
wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya
sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab
syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan
perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa
yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah
yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir
wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya
sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita
bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu
menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka
sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

surah al-Ahzab ayat: 33."Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan
lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang
puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan,
mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi
Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak
mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang
daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk
menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah
al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan
wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan
umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan
melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa
mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam
hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan.
Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta
terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua -
duaan..fikirkanlah.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di
belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan
tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila
lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup
juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah
berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak
tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang
telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu
tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan
menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu
selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt".
Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa
Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap
menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.
Hari ini apa yang terjadi pada wanita
Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk
mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak berpergian
(keluar rumah) melainkan urusan yang mustahak.Keluarnya wanita dari rumah
hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka
sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka
hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah
menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan
berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan
terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam.
Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan
maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang
muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?".
sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga
tidak bertabarruj (berhias diri yang berlebihan).
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar... Islam itu mudah, tapi
kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah
terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40,
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang
Wanita solehah itu adalah wanita yang
menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah (an-Nur,30-31), ia
tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi
pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya
untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah
pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang.
Ketahuilah, kelak di dalam
kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro,
sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan
tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang
selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan
cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia
akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai
pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw
membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk
penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan
membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang
memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah
terlalu luas...
Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang
raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk
kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan
tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan
hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap
persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...
Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari,
ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk
selamanya...
Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat
selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yang sementara, kau
hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang
segalanya...
Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak
memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu
dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah
satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan
dirimu dengan pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa
sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu
memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu
musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding
mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga
sahaja...
Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka
dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun
akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para
sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan
menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu,
percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan
meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan
percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan
kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah
s.a.w,
walaupun dicaci, dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk
umatnya...
Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dengan
tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan
ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu
jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan,
jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan
zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah,
da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yang pernah dilalui oleh Maryam a.s,
Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, di mana seorang yang buta pun, apabila
melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...
semoga kamu dimuliakan Allah seperti
Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui
titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan
pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di
dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi
Allah untuk mendakapnya.ameeennn
Ibnu Aminah aljuhury..............
sumber : www.iluvislam.com