Amalan Dapatkan Zuriat Soleh



Assalammualaikum w.b.t. semua....

Tadi terbaca 1 forum mengenai amalan bagi memperolehi anak-anak atau zuriat yang soleh. Sangat menarik khas kepada si bakal pengantin, bakal isteri mahupun bakal ibu...kaum Adam pun kalau nak amalkan lagi berkat doa tu..yelah suami isteri dah bersama-sama amalkan, doa lagi mantap kan... insyAllah...ape2 pun sumanya terletak pada qada dan qadar..kita hanya mampu berdoa. 


Terdapat bermacam jenis amalan dari segi amalan doa yang diawali dengan nama-nama Allah, amalan surah-surah terpilih, doa nabi, dan lain-lain. Mudah bagi anda mengamalkannya. Lets check it out! 


Doa-doa daripada Asmaa’ul Husna, iaitu doa-doa yang diawali dengan nama nama Allah yang baik. Semoga dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan. 


1. Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim, Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.

2. Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami.

3. Ya Allah! Ya Bari’, Yang Maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.

4. Ya Allah! Ya Mushawwir, yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami kehendaki, bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan, kembalikanlah kesempurnaan kami, hanya Dikau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah segala bentuk.

5. Ya Allah! Ya Wahhab, wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa sahaja yang kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan), sesungguhnya apa yang Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja yang tidak Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberinya.

6. Ya Allah! Ya Fattaah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesukaran kami.

7. Ya Allah! Ya A’liim, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Dikau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Dikau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Dikau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jauhkanlah dari kami apa-apa yang Dikau ketahui tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.

8. Ya Allah! Ya Baasith, wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu adalah luas, Rahmat-mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-Mu adalah luas, luaskan Rahmat-Mu kepada kami, luaskan pemberian-Mu kepada kami, luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada kami.

9. Ya Allah! Ya Sami’, wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami, dengarlah segala doa dan permintaan kami, janganlah Dikau palingkan diri-Mu daripada kami, lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah kami.

10. Ya Allah! Ya Wasi’, wahai Tuhan yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah luas, Rahmat-Mu juga adalah luas, maka luaskanlah kurniaan dan rahmat-Mu kepada kami.



Surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung dan sewaktu membesarkan anak-anak ... InshaAllah dikurniakn anak yg baik,taat,cantik,hensem,pandai, soleh & solehah... Amin.

1. Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang comel/cantik 

2. Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 

3. Surah Maryam: Untuk mendapatkan anak yang soleh 

4. Surah An-Nahl ayat 78: Untuk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT) 

5. Surah Al-Fatihah 

6. Surah Yaasin : Untuk Disiplinkan anak 

7. Surah Ayatul Kursi 

8. Surah Al-Araaf ayat 189 

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik 

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat 

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat 

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT 

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak 

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

INGATLAH...


"Bila Allah cepat makbulkan doamu....
Maka Dia menyayangimu....

Bila Dia lambat memakbulkan doamu...
Maka Dia sedang mengujimu....

Bila Dia tak makbulkan doamu....
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu....

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan....
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..."


**************************************************

Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.


Doa-Doa Harian

1. Doa Nabi Ibrahim a.s. 

Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii 

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’

2. Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin 

Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi


3. Surah Al-Anbiya:21:89 

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa 

Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa.


4. Doa sebelum persetubuhan 

Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa. 

Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)


Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.


Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.


Amalan Pertama


Selepas Fajar ataupun Solat Subuh;

Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat")
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan Kedua

Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya...

wallahu'alam...



Semoga Bermanfaat | Sebarkan cintaNya

Need To Know ur Soulmate


14 Signs of Your Soulmate


14. You argue and fight with them, but still can't get them out of your mind...


13. When you're on the phone with them late at night and they hang up but you miss them already when it was just five minutes ago...


12. You read their texts over and over again... 

11. You walk really slow when you're with them...


10. You feel shy whenever you're with them...


9. When you think about them, your heart beats faster and faster...


8. You smile when you hear their voice...


7. When you look at them, you can't see the other people around you... all you see is him/her...


6. You start listening to slow songs, while thinking of them...


5. They become all you think about...


4. You get high just from their scent and closeness...


3. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them...


2. You would do anything for them...


1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.....


Semoga Bermanfaat | Sebarkan cintaNya

FB


bismillah....
assalamu'alaikum w.b.t...
suatu perkongsian setelah membacanya di dalam Berita Harian..
jom baca! 

"Hukum berdosa besar jika diguna tujuan mudarat"

KUALA LUMPUR: Hukum mempunyai laman sosial facebook adalah dosa besar dan dilarang dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain. 
Sebaliknya, jika laman sosial itu digunakan menyampaikan maklumat benar dan berinteraksi dengan orang lain secara berhemah adalah diharuskan. 


Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini juga pernah melakukan sekatan terhadap pemegang akaun facebook yang dilihat memaparkan unsur dan bahan lucah selain kandungannya boleh menggugat ketenteraman awam. - Jurucakap SKMM

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, tidak menjadi masalah bagi seseorang mempunyai akuan laman sosial itu, malah facebook sendiri sebahagian daripada lambang kemajuan manusia dalam dunia penerokaan ilmu teknologi maklumat (ICT).

“Facebook satu rangkaian sistem dibangunkan atas tujuan komunikasi menyalur dan mendapatkan maklumat, kita tidak boleh sekat atau haramkan terus penggunaannya kerana ia memberi manfaat jika diguna atas kehendak yang baik.

“Selain itu, ia tidak mempunyai nyawa dan akal, sebaliknya digerakkan sendiri oleh manusia yang menggunakannya, apa pun hukumnya bergantung pada si pengguna bukan sistem itu, ” katanya ketika dihubungi semalam.

Kini, lebih 12 juta rakyat di negara ini pemegang akaun facebook, majoritinya berusia antara 16 hingga 35 tahun.
Laman SocialBakers.com sebelum ini melaporkan Malaysia kini pengguna facebook ke-17 ramai di dunia.

Selain itu, Abdul Syukur berkata, menjadi tanggungjawab pengguna memanfaatkan laman sosial berkenaan dengan perkara berfaedah, selain mengelakkan diri daripada terdedah dengan sebarang bentuk fitnah, cacian, provokasi yang boleh memudaratkan dan merosakkan ummah.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, sehingga kini, pihaknya tidak diperuntukkan undang-undang khusus untuk menyekat pemegang akaun facebook yang melanggar norma disebabkan laman itu dibina dan dimiliki oleh firma di luar negara.

Katanya, pihaknya sekadar memaklumkan dan melapor kepada pemilik facebook supaya membuat sekatan terhadap laman sosial itu jika terdapat unsur yang mengancam keselamatan negara.

“SKMM sebelum ini juga pernah melakukan sekatan terhadap pemegang akaun facebook yang dilihat memaparkan unsur dan bahan lucah selain kandungannya boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.


















wallahu'alam...
sumber : Berita Harian

Semoga Bermanfaat | Sebarkan cintaNya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...