Kelebihan Surah At-Taubah 128-129

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah selalu memberi cubaan kepada orang-orang mukmin, untuk mengetahui siapa yang berjihad dan siapa yang sabar; kehidupan dunia adalah permainan belaka dan bahawa iman dan takwalah yang menghasilkan pahala; Allah akan menolong orang yang menolong agamanya.

Sesiapa yang membaca 2 ayat Al Quran ini 7 kali setiap selesai solat fardhu dgn tertib selama-lamanya, maka jika anda lemah menjadi kuat, jika hina menjadi mulia, jika kalah menjadi menang, jika sempit menjadi lapang rezekinya, ketika susah menjadi gembira, ketika miskin menjadi kaya dan apabila mempunyai hutang dapat membayarnya.

[128] Sesungguhnya telah datang seorang Rasul kepada kamu dari golongan kamu, terasa beratbaginya penderitaanmu, sangat besar hasratnya untuk keselamatanmu, penyantun dan penyayang kepada orang-orang yang beriman.
Tetapi kalau mereka mau, maka ucapkanlah: cukuplah Allah pembelaku tidak ada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku menyerah diri, dan Dia pemimpin singgahsana yang besar.
[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. :: Surah At-Taubah Ayat 128 - 129 ::


Setiap ayat al quran diturunkan, orang2 beriman merasa gembira, kerana dengan itu kepercayaannya bertambah mendalam dan pengetahuan mereka tentang pimpinan melalui jalan kehidupan bertambah luas. Sebaliknya mereka yang kotor jiwanya, menolak dan menentang kebenaran agama Tuhan, setiap turun ayat Quran bertambah mengkal hatinya bertambah besar kebencian dan keras kepalanya serta bertambah hebat perlawanannya. Jiwa yang kotor itu bertambah kekotorannya.

Mereka menghadapi perlawanan dari kaum muslimin dan menderita kekalahan.
Nabi Muhammad sebagai seorang Rasul dan pimpinan ummat
beliau merasa dukacita atas penderitaan yang menimpa ummat manusia,
baik berupa kerosakan rohani dan keruntuhan budi ataupun persengketaan yang tak habis-habisnya dalam masyarakat, begitupun kesulitan2 dalam pelbagai lapangan penghidupan.
beliau mempunyai minat yang besar dan rela memberikan dirinya untuk berjuang mencapai keselamatan bersama. Apalagi terhadap mukmin yang mengikuti pimpinannya, beliau mempunyai kasih sayang yang tidak terhingga terhadap mereka...

Inilah terjemahan ringkas tafsir surah At taubah
yang menjadi topik ceramah dan telah dihuraikan
dengan panjang lebar tempohari di masjid nurul iman rawang sempena
sambutan maulidur rasul oleh masyarakat Acheh...

wasallam


Antara kelebihan yang diberikan oleh si pengamal ayat ini :
  • memanjangkan usia dengan izin Allah swt jika dibaca berulang kali
  • jika dibaca 7 kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia & akhirat
  • jika dibaca di pagi hari, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu & begitu juga jika dibaca pada waktu petang, dihindarkan ancaman di waktu malamnya
  • menambahkan keteguhan iman seseorang itu kepada Allah swt
Setiap patah perkataan & ayat dalam Al-Quran mengandungi lebih 1001 kelebihan kalau kita amalkan. 
Selamat beramal!

Semoga Bermanfaat | Sebarkan cintaNya

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...