aku dan interview.


(click pada gambar untuk besar kan)


Alhamdulillah,
Matahari cerah secerah taatnya dia pada Sang Pencipta.

Tadi, alhamdulillah selesai interview yang entah apa-apa.
kenapa ku katakan entah apa-apa, sebab kerja bidang kos aku sangat limit.

di ceritakan, semasa open interview,
aku memilih satu syarikat ni sebab jawatan yang kena offer ada kaitan dengan bidang kerja ku.

tapi, malangnya aku terima senyuman sinis dan tawa kecil dua orang lelaki (penemuduga)
dia kata sambil ketawa : "ini kali pertama perempuan apply maintenance"
syaitan mulai jentik perasaan sedikit marah dalam hati,
namun iman kata "sabar itu sebahagian dari iman" 
lalu bibir mengukir senyuman tanda sabar mengawal kemarahan.

namun, cepat2 lelaki tu kata :
 "takpa, nanti kami akan consider pasal pilihan kamu ni. Manatau kamu terpilih sebab kami akan bagi tempoh 6 bulan percubaan kerja."

alhamdulillah, hilang juga perasaan marah dalam hati.

as an ENGINEER MUSLIMAH, 
aku cuba tampil sebagai seorang yang sentiasa Never say Never.
aku sampaikan hujah mengapa aku memilih bidang kerja tersebut.
bukan untuk membanggakan diri, tapi menyedarkan orang sekekeliling bahawa MUSLIMAH ALSO CAN BE an ENGINEER.

WHY NOT?

setelah selesai di Interview oleh encik abang tu,
alhamdulillah, last word dari dia :
"dalam masa seminggu ni kami akan bagi jawapan"
may be KIV, may be Acceptable.

wallahu'alam.

apa-apa pun, aku berpuas hati meskipun nanti tak diterima bekerja,
aku sudah berusaha.
mungkin rezeki yang terbaik dari Allah itu belum sampai,
bak kata sorang ustazah ni : "yang baik itu selalunya datang lambat"

maybe rezeki kahwin dulu sampai, siapa tahu kan?
hikhik.^_^
maybe juga kematian dulu sampai, 
Gulp! -_-"

semoga aku dikalangan orang yang sentiasa mempersiapkan diri
 tak kira kematian atau pekerjaan.

amin ya Rabbal 'alamin


Semoga Bermanfaat | Sebarkan cintaNya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...