Sirah Pendek Baginda 1: Berakhlak Mulia


Bismillahirrahmanirrahim

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata :
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya.
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)


Pada suatu hari, Nabi Muhammad membantu seorang perempuan tua mengengkat barang hingga ke rumahnya. Perempuan tua tertarik dengan akhlak beliau tetapi tidak mengenali baginda. Dia asyik bercerita dan mencemuh orang yang dikatakan membawa agama baru iaitu Nabi Muhammad sendiri. Nabi Muhammad hanya tersenyum.

Apabila tiba dirumahnya, Nabi Muhammad memperkenalkan diri baginda. Alangkah terperanjatnya perempuan tua itu. Tidak lama selepas itu dia memeluk agama kerana dia tertarik  dengan akhlak nabi yang mulia.


Apabila KEJAHATAN dibalas KEJAHATAN, maka itu adalah DENDAM.

Apabila KEBAIKAN dibalas KEBAIKAN, maka itu adalah PERKARA BIASA.

Apabila KEBAIKAN dibalas KEJAHATAN, maka itu adalah ZALIM.

Apabila KEJAHATAN dibalas KEBAIKAN, maka itu adalah MULIA dan TERPUJI.


Sollu a'lan nabi.



Semoga Bermanfaat | Sebarkan cintaNya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...