Bismillahirrahmanirrahim...
assalamu'alaikum...
setelah selesai mengerjakan solat sunat tahajud,
diri ini ingin berkongsi sedikit tentang kelebihan solat sunat dhuha..
- Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik
matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
- Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh
juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu
salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat
sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu
kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya
Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan
kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat
pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah
Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha
Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan
terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas
lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ
تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ
الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ
الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing
persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan
setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu
sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat
itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat
Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
Rujukan : koleksi 100
solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan
Al-Hidayah Publisher
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment