Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamu'alaikum w.b.t...
Wanita yang bekerja merangkap isteri
dan ibu sering kali berdepan dilema atau terdetik perasaan bersalah apabila
tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama jika anak dalam tahap pertumbuhan
yang memerlukan perhatian lebih.Meninggalkan anak hanya bersama dengan pengasuh sememangnya ingin dihindarkan tetapi sering kali wanita berkerjaya tiada pilihan kerana pekerjaan di pejabat pun mendesak untuk segera diselesaikan.
Hakikatnya, kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat wanita berkerjaya sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.
Bagaimanapun, usah berasa terlalu tertekan kerana ibu berkerjaya juga masih ada cara tertentu untuk berdamping dengan permata hatinya.
# Luangkan waktu sebelum anak tidur
# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh
# Dahulukan keutamaan
Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.
# Komunikasi
Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekalipun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa saja yang dilakukan di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.
# Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan
Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akanmendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.
Sharing is Caring :)
wallahu'alam...
sumber : haslinda belog
No comments:
Post a Comment